Tuesday, August 7, 2018


KARTUN PILIHAN THE DAHIYAHZ


The Dahiyahz sangat meminati dan gemar menonton serta mengumpul barangan daripada My Little Pony. Setiap daripada mereka ada karektor masing-masing dalam My Little Pony. begitu jugalah karektor mereka ketika di luar cerita. Ada yang lemah lembut, ada yang agak kasar, ada yang manja, ada yang berdikari dan sebagainya. The 1st Dahiyahz gemar warna biru. the 2nd Dahiyahz gemar warna hijau manakala The 3rd Dahiyahz gemar warna merah jambu dan ungu. Semoga minat mereka menjana ke arah kebaikan. 

Saturday, July 28, 2018

ANAK SOLEH/SOLEHAH


ANAK SOLEH/SOLEHAH

Itulah doa dan permintaan ibu bapa
kepada Yang Maha Esa
dalam setiap sujud kepadaNya
semoga anak-anak dapat ke Syurga
semoga anak-anak bahagia sentiasa
semoga anak-anak berjaya hendaknya
semoga anak-anak terima yang baik-baik sahaja

Ya Allah, Engkau kurniakanlah kami anak-anak soleh/ solehah yang kuat imannya, yang tetap hatinya, yang murah rezekinya, yang baik kesihatannya, yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Aaminn........

UNTUK TATAPAN ANAKANDA TERCINTA

BAHAGIA TAK SEMESTINYA PERLU BERBELANJA
BAHAGIA TAK SELALUNYA  PERLU BERDRAMA
BAHAGIA SEMESTINYA PERLU BANYAK BERDOA
BAHAGIA SELALUNYA PERLU MENERIMA
BAHAGIA ADALAH GANJARAN DARI YANG ESA
ALHAMDULILLAH 
SEMOGA KITA SENTIASA BERBAHAGIA
AAMIINN...

Tuesday, July 24, 2018

DUNIA KANAK-KANAK

DUNIA KANAK-KANAK

Kanak-kanak adalah suatu tika bergembira
suatu tika untuk mengembara
suatu tika untuk menikmati semua
suatu tika untuk menjelajah
suatu tika untuk berdrama
suatu tika sebelum remaja dan tua